Loyalty
Bapanya bekas Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Mustafa Masyhur. Seorang tokoh yang dikagumi kawan dan lawan. Sebahagian besar hidup bapanya di dalam penjara. Namun demikian ketika zaman pimpinannya dakwah ikhwan berkembang ke banyak negara di pelusuk dunia. Lahir daripada didikan tangannya pejuang-pejuang agama yang tegar lagi ikhlas yang mungkin beliau sendiri tidak sempat melihat hasilnya. Yang kini menjadi mimpi ngeri kepada Amerika, Israel dan sekutu mereka.
Siapa sangka, di sebalik kehebatan itu, beliau seorang yang sangat halus dan berhati dalam mendidik anak-anak perempuannya. Satu rahsia, satu panduan, satu ajaran yang diwariskan kepada mereka. Itulah kunci yang dikongsikan salah seorang anak perempuannya, Dr. Wafa' yang menjadi antara tokoh wanita ikhwan yang berjaya mendidik kesemua anaknya mendokong dan menyambung perjuangan dakwah yang berkat ini.
Apakah rahsia tersebut? Nantikan sambungannya beserta kisah hidup Dr. Wafa' sedari kecil sehingga kini yang sangat menarik, sarat dengan pelajaran dan pedoman sepanjang hayat.
"Ini projek selepas habis exam nanti, awal Januari biiznillah."


